Kebolehan dan kehebatan akal manusia sangat
sangat luar biasa.Ia boleh mengetahui rahsia alam dan seluruh isinya.Akal
manusia boleh menjelajah kesemua empat penjuru dunia.Boleh menjelajah alam maya
tanpa sempadan.Kemampuan akal manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupan nya luas.Bagi
akal manusia, dunia ini kecil sebesar mangkuk, ia berada di hadapannya dan
dapat melihat segala isinya.Segalanya akal dapat perhatikan dan mengetahui
rahsianya.Ada minyak dan emas dalam bumi, ada gas di udara dan ada khazanah di
lautan dalam.Semuanya akal dapat mengetahuinya.
Begitulah kehebatan akal manusia yang dicipta
oleh Allah Taala, kebolehan nya luar biasa.
Namun walaupun akal manusia itu di cipta
hebat manusia akan rasa hidupnya sempit kalau tidak ada iman atau iman nya
lemah.Jika akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan iman lemah akhirnya akal juga
turut lemah.
Sebab itu Islam menyuruh umatnya jangan hanya
menguatkan akal semata mata tapi yang penting hendaklah sentiasa kuatkan jiwa.Jiwa
hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat sifat taqwa agar apabila di uji jiwa
tidak sempit dan menderita.Fikiran tetap merdeka.
Oleh itu jangan lah kita biarkan jiwa kita
terkurung oleh dunia dan masaalahnya. Jangan penjarakan akal dengan keseksaan
nafsu yang memang tidak suka akal dan jiwa bebas dan merdeka.Yang paling
penting hendaklah kita jadikan jiwa dan akal sentiasa bersama Tuhan dan jangan
biarkan dia keseorangan.Kita jadikan Tuhan sebagai kawan jiwa dan akal
kita.jangan lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan.
*"Sesungguhnya dalam penciptaan langit
dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda tanda (kebesaran Allah)
bagi orang yang berakal (yaitu) orang orang yang mengingati Allah sambil
berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan kami, tidaklah
Engkau menciptakan semua ini sia sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari
azab api neraka". (Ali Imran Ayat 190-191).*
Tidak ada komentar:
Posting Komentar